Thursday 27 June 2013

Aktiviti-aktiviti PPD Subis-Team Building@Borneo Rainforest,Miri

Team Building PPD Subis,19-Jan-2013@Borneo Rainforest,Miri






Bismillahhirramanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, dan Salam Menjulang Subis.


Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita mempunyai satu blog ataupun laman yang boleh memberi informasi kepada para guru dan kakitangan yang berada di bawah tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah Subis.

Dengan adanya blog seperti ini, diharap dapat membantu kepada para guru dan kakitangan di daerah Subis di dalam merealisasikan matlamat kita semua untuk mencapai kejayaan di dalam bidang pendidikan. Kejayaan sistem pendidikan adalah bergantung kepada guru yang cemerlang, komited dan aras profesionalisme yang tinggi. Kita sebagai sebuah pasukan pendidikan hendaklah bersama-sama menghayati budaya prestasi puncak (peak performance) dan kerja buat pendidikan dan persekolahan kita. Menerusi budaya ini kita bersama-sama memberi penekanan kepada pencapaian akademik dan juga dalam masa yang sama kita memberi peneguhan yang kuat dalam aspek kemenjadian insan murid.

Akhir kata, saya berharap segala kerjasama dan komitmen yang diberikan selama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda


Ahli Bin Chikba
Pegawai Pelajaran Daerah Subis